Kaedah Ringkas Yang Mungkin Boleh Kurangkan Risiko Kanser

Kanser sememangnya pembunuh nombor satu di dunia yang masih tiada penawar sebenarnya. Tetapi tak ramai yang tahu bahawa dengan kaedah simple ini boleh kurangkan risiko penyakit ini.

Hakikatnya semua orang takut akan penyakit yang tidak mengenal usia ini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, semua orang berisiko dengan penyakit pembunuh ini.

Jadi, sebelum terlambat, mula amalkan kaedah simple ini untuk kurangkan risikonya.

Kurangkan minuman bergula/berkarbonat
Minuman bergula tidak hanya menjadi punca obesiti, tetapi juga meningkatkan lagi risiko kanser rahim. Kajian mendapati yang mana wanita yang suka mengambil minuman manis dan berkarbonat mempunyai risiko 80 peratus untuk mendapat penyakit ini.

Berdiri lebih, kurangkan duduk
Kajian baru menegaskan yang mana orang yang duduk lebih lama dalam sehari berisiko 24 peratus lebih untuk kanser rahim dan usus dari orang yang lebihkan berdiri. Kajian lain pula mendapati yang mana mereka yang menghabiskan lebih masa menonton televisyen berisiko 54 peratus lebih untuk penyakit ini berbanding mereka yang jarang menonton televisyen. Jadi, seeloknya banyakkan berdiri dan berjalan untuk kurangkan risiko penyakit ini.

Keluar di bawah cahaya matahari selama 15 minit
Hampir 90 peratus vitamin D tubuh kita datang dari cahaya matahari. Kajian membuktikan yang mana kekurangan vitamin D boleh mengurangkan komunikasi antara sel, yang mana menghentikan proses penyatuan mereka dan menyebabkan sel kanser merebak. Mereka yang kurang vitamin D berisiko untuk pelbagai jenis kanser termasuklah kanser payu dara, kanser usus, rahim dan perut. Tetapi jangan terlalu terdedah pada sinaran mentari kerana ia juga boleh menyebabkan kanser kulit. Jadi, seeloknya ambil beberapa minit atau 15 minit sahaja setiap hari untuk menghasilkan vitamin D dengan bantuan cahaya matahari.

Minum teh hijau
Kajian mendapati teh mampu mengurangkan risiko kanser payu dara, rahim, usus, prostat dan paru-paru. Teh hijau terbukti bertahun-tahun melawan penyakit ini. Saintis juga percaya yang mana kandungan kimia dalam teh hijau iaitu EGCG adalah kompaun anti-kanser yang paling mujarab kerana ia tinggi anti-oksidan.

Tidur dalam bilik gelap
Kajian mengesahkan yang mana terdedah pada cahaya pada waktu tidur menaikkan risiko penyakit kanser ovari dan payu dara di kalangan wanita. Cahaya menyekat kadar penghasilan melatonin dalam tubuh. Risiko kanser payu dara di kalangan wanita terjadi apabila tidak mengamalkan waktu tidur yang betul dan kadar melatonin meningkat.

Sumber: Majalah EH
loading...

0 Response to "Kaedah Ringkas Yang Mungkin Boleh Kurangkan Risiko Kanser"

Post a Comment