Takut Mereka Murtad Sebab Mulut Kita Ni – Teguran Adam Corrie Kepada Yang Suka ‘Menakut-Nakutkan’ Muallaf

Memang kagum melihat keazaman dan semangat saudara baru, Adam Corrie yang telah memeluk islam pada Julai 2007. Menurutnya, beliau mendapat hidayah melalui mimpi. Bermimpi berada di syurga lalu didatangi seorang yang bercahaya putih memberitahu Islam adalah peganganmu.
Betapa bertuahnya Adam Corrie menjadi salah seorang yang terpilih menerima hidayahNya. Namun, bukan mudah nak mengharungi cabaran sebagai saudara baru. Melalui facebooknya, beliau ‘menegur’ segelintir sikap orang kita yang tidak memberi sokongan malah menakut-nakutkan lagi muallaf. Jom baca.

Jangan esok lusa murtad pula ye


Apabila seseorang itu kembali kepada fitrah (memeluk Islam) , mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan dari saudara muslim nya.
Memang masyarakat teruja dgn syahadah mereka. Dari kajian dan pengalaman sendiri , kita janganlah ungkapkan ayat-ayat seperti
“Haa bila dah masuk Islam ni, jangan nak sibuk dapatkan hak bumiputra”
“Bila dah peluk Islam ni, jangan esok lusa Murtad plak ye”
“Kan dah peluk Islam, janganlah makan pakai chopstick lagi”
“Sabarlah.. sabarlah” (sakit jiwa dengar perkataan ni , lagi down)
.
Ini adalah antara ayat-ayat yang selalu diterima oleh saudara baru yang mengadu dengan saya.

Takut juga mereka betul-betul murtad sebab mulut kita tu


Dari saudara baru kita bersemangat dengan Islam.. takut-takut dengan kata-kata kita itu nanti akan mematahkan semangat untuk kenal Islam lebih baik.
Takut-takut juga betul-betul mereka murtad sebab mulut lazer kita tu..
“Ehh ehh cepatnya putus asa muallaf ni”
Memanglah.. mereka kan masih baru dalam Islam. Akidah pon tak kuat lagi. Memang la hati mereka cepat terasa. Sebab itu sokongan amat diperlukan dari kita semua.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.
Kembara Iman Saudara Baru
P/s: hati kena cekal..
sumber: ADAM CORRIE
loading...

0 Response to "Takut Mereka Murtad Sebab Mulut Kita Ni – Teguran Adam Corrie Kepada Yang Suka ‘Menakut-Nakutkan’ Muallaf"

Post a Comment