ANAK KETAGIH JAJAN?? KETAHUI CARA CARA MENCEGAHNYA!!


Kebanyakkan ibubapa yang saya kenal memberi alasan mereka tidak mampu menghalang anak mereka daripada memakan jajan. Kenapa?
Adakah sudah dididik sebaiknya tentang makanan sihat, kandungan makanan dan diajar membaca label serta kesannya terhadap kesihatan dan perkembangan mereka?
Adakah anak-anak anda telah memiliki kuasa membeli, memiliki wang sendiri dan mampu ke kedai untuk membeli makanan yang menjadi pilihan mereka?
Atau kita sendiri masih tidak dapat menahan diri daripada memakan jajan?
Saya mula mengajar anak-anak memakan makanan sebenar dan sihat ketika Qasrina berumur 5 tahun dan Hasan berumur 2 tahun 4 bulan. Antara yang kami buat adalah
1. Langsung tiada pilihan makanan tidak sihat didalam rumah. Tiada processed foodsjajan dan fast food. Tiada biskut, air berperisa komersial dan gula putih.
2. Kenalkan mereka kepada virus dan bakteria. Kaitkan ia dengan makanan tersebut. Tunjukkan gambar dari internet, video dan bedtime story.
3. Semasa makan sentiasa sebut khasiat makanan supaya mereka teruja.
4. Tiada cheat day, melainkan dalam darurat. Itu pun selepas diterangkan dan mendapat persetujuan mereka.
5. Dedahkan mereka pada kandungan utama makanan tak sihat seperti pengawet, pewarna tambahan, perisa tambahan dan bahan-bahan kimia lain. Ajak mereka baca label walaupun hakikatnya Hasan belum pandai membaca. InsyaAllah, seawal usia ini mereka mampu bercakap tentang perkara ini kepada orang lain.
6. Jika mereka teringin rasa makanan yang dilarang, jangan marah. Belikan sedikit untuk dirasa. Kemudian basuh minda mereka bahawa makanan tersebut bukan sahaja tidak sihat malah tidak sedap.
7. Jika mereka terlihat iklan makanan tidak sihat segera menyangkal supaya tidak tergoda.
8. Kita sendiri perlu menjadi contoh yang baik.
9. Kami tidak memarahi jika mereka bertindak memakan secara sorok-sorok. Ini kerana kami hanya mampu melindungi, memberi ilmu dan menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat.
10. Mereka tidak perlu meminta maaf daripada kami. Sebaliknya, mereka perlu meminta maaf pada diri sendiri kerana perbuatan menganiaya. Mereka yang akan menanggung akibatnya jika mereka sakit. Ibubapa hanya mampu menasihati. Selebihnya bergantung pada diri mereka.
Semua didikan saya ini bermula ketika Hasan berumur 2 tahun. Jangan risau, seawal ini mereka mampu memahami terma-terma yang kelihatan susah. Yang penting penerangan tersebut jelas dan penuh dengan fakta.

SUMBER: ROSNAH N ASWAD
loading...

1 Response to "ANAK KETAGIH JAJAN?? KETAHUI CARA CARA MENCEGAHNYA!!"