DOAKAN MEREKA!! Saudara Muslim Rohingnya kita Sedang TENAT!!

Kongsikan di


Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan rakyat Rohingya berada di kemuncak krisis kemanusiaan dan penghapusan etnik.

Ini kerana etnik itu kini berdepan dengan kemelut yang memaksa ribuan daripada mereka menjadi pelarian daripada terus menetap di bumi Myanmar.

“Masyarakat Rohingya telah menduduki wilayah Arakan atau lebih dikenali sebagai Rakhine sejak sekian lama berdasarkan pelbagai tulisan akademik. Malangnya, sehingga kini kerakyatan mereka dinafikan pihak berkuasa.
“Sejak pemerintahan British pada 1826 selepas Perang Anglo-Burma Pertama (1824-1826) sehinggalah Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan juga rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win pada 1962, nasib tidak pernah menyebelahi masyarakat Rohingya. Pada 1982, Jeneral Ne Win meluluskan Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Burma Citizenship of Law) dengan tujuan memastikan peluang menghapuskan masyarakat Rohingya menjadi lebih mudah,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, meskipun di bawah pemerintahan pimpinan seorang wanita pemenang anugerah Nobel Keamanan (1991), Aung San Suu Kyi, pengaruh junta dalam pentadbirannya masih tegar.
“Kerajaan Myanmar masih gagal menangani krisis kemanusiaan yang kian memuncak. Pendirian rasmi kerajaan masih tidak mengiktiraf kerakyatan Rohingya, sebaliknya mereka digelar pendatang asing Benggali.

“Mereka adalah mangsa kezaliman yang panjang, tinggal dalam keadaan yang begitu dhaif, dengan situasi kemiskinan dalam pelbagai dimensi (multi-dimesional poverty). Kezaliman berterusan yang dilakukan tentera Myanmar ketika ini dengan sokongan padu dari golongan ultra nasionalis Buddha di sana adalah faktor yang tidak pernah dipertikai,” ujarnya lagi.

Rakhine Utara yang menjadi kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya dan bersempadan Bangladesh, dikepung tentera sejak serangan mengejut bulan lalu di pos sempadan yang menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Tentera membunuh berpuluh-puluh penduduk dan menahan ramai orang dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.
Difahamkan, angka korban etnik Rohingya mencecah 400 orang manakala 430 kediaman dimusnahkan

(Sumber: Berita Harian)
loading...

0 Response to "DOAKAN MEREKA!! Saudara Muslim Rohingnya kita Sedang TENAT!! "

Post a Comment