MENGHADIAHKAN BACAAN ALQURAN KEPADA ORANG YANG MENINGGAL, APA HUKUMNYA??

Kongsikan di
quran-hadiah-
Persoalan ini mungkin ada yang bermain di minda pembaca, termasuklah penulis. Apakah sebenarnya hukum menghadiahkan bacaan Al-Quran kepada orang yang sudah meninggal / jenazah ?
Allah swt berfirman :
“Bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” ( Surah An-Najm 53 :39 )
Secara hakikatnya, orang yang sudahpun meninggal dunia tidak boleh mengambil sebarang manfaat daripada perbuatan orang yang masih hidup. Itulah faktor mengapa Rasulullah saw tidak pernah menggalakkan umatnya untuk menghadiahkan pahala bacaan al-Quran  untuk orang-orang yang telah meninggal. Tetapi, yang pernah diarahkan oleh Rasulullah saw hanyalah memohon keampunan untuk orang yang sudah meninggal.
Rasulullah saw bersabda :
“Mohonkan ampun untuk saudara kamu dan mintakan untuknya ketetapan hati, kerana dia sekarang sedang ditanya.” ( Riwayat Abu Daud )
Dari sini kita boleh simpulkan bahawa bacaan al-Quran tidak boleh diambil manfaatnya oleh orang yang sudah meninggal. ( Mazhab Imam Syafie )
Wallahualam.
SUMBER: WANISTA

loading...

0 Response to "MENGHADIAHKAN BACAAN ALQURAN KEPADA ORANG YANG MENINGGAL, APA HUKUMNYA??"

Post a Comment