SUBHANALLAH: GANGGUAN JIN DI MASJID SELEPAS SOLAT JUMAAT, TUNISIA

Kongsikan di
suara-jin
Video yang telah dikongsikan kepada kami ini dikatakan rakaman suara jin di sebuah masjid yang terletak di Tunisia selepas selesai solat Jumaat. Perakam video mencari dimanakah sumber suara tersebut yang seolah-olah kedengaran seperti suara wanita yang sedang menjerit-jerit yang ingin membuat kacau di dalam masjid tersebut. Kesahihan video ini tidaklah kami ketahui,kami cuma ingin berkongsi dengan pembaca sahaja. Nobis Jackets
Tetapi di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang penciptaan makhluk selain dari manusia…
Surah Al- An’aam 6:112 :
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An’aam 6:112)
Surah al-An’aam : ayat 130

“Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir”
Surah al-Dzariyat : 56

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”
SUMBER:WANISTA
loading...

0 Response to "SUBHANALLAH: GANGGUAN JIN DI MASJID SELEPAS SOLAT JUMAAT, TUNISIA"

Post a Comment