'Ayah, Emak dan Semua 8 Adik Beradik Saya Telah Dibunuh & Sampai Hari ni Saya Tak Tahu Dimana Jasad Mereka'

Kongsikan di


"Ayah, emak dan lapan adik-beradik saya telah dibunuh dan sampai ke hari ini, saya sendiri tidak tahu di mana jasad mereka.”

Itu luahan Yahya Hussain, 22, atas apa yang menimpa ahli keluarganya dan umat Islm etnik Rohngnya lain di Rakhine, Myanmar.

Menurut Yahya, sejak bulan lalu kampungnya di daerah Arakan Mundo diserang tentera Myanmar dan ribuan penduduk di daerah perkampungannya dibunuh dan diseksa tanpa belah kasihan.

Sehingga pada satu ketika, mereka menggunakan helikopter untuk mengebom perkampungan kami bagi tujuan membunuh orang ramai, “ katanya ketika ditemui di Majlis Solidariti Rohingya dan Kepedulian Ummah di Masjid Sultan Azlan Shah kelmarin.

Pemuda yang telah lebih dua tahun bekerja di Perak itu turut sebak selain meminta masyarakat dunia terutama yang berada di Malaysia supaya membantu mereka.

Kita minta tolong orang Muslim satu dunia termasuk Malaysia, Indonesia dan sebagainya hulurkan bantuan kepada keluarga, rakan-rakan kami yang terperangkap di sana," katanya.

Sumber: Sinar Online

loading...

0 Response to "'Ayah, Emak dan Semua 8 Adik Beradik Saya Telah Dibunuh & Sampai Hari ni Saya Tak Tahu Dimana Jasad Mereka'"

Post a Comment