Wanita dan Kanak-Kanak Di Sembelih oleh Tentera Rejim Assad

Kongsikan di


ALEPPO - SYRIA. Sukarelawan kemanusiaan di Aleppo merayu bantuan selepas melaporkan askar rejim Bashar al-Assad membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.

Laporan CNN mengatakan mereka yang dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita, kata aktivis Mohammad Basbous di Aleppo Media Center semalam.

"Setiap jam, hukuman bunuh dijalankan," kata Syrian Observatory for Human Rights pula. Laporan pembunuhan tersebut muncul selepas tentera rejim dan Rusia berjaya menawan kembali Aleppo dari tangan pemberontak dan pejuang Sunni.

"Ramai orang dibunuh terutamanya mereka yang masih muda," kata Pengarah Hospital Union of Medical Care and Relief, Ahmad Dbais. Selain itu, askar kerajaan memecah masuk rumah penduduk dan menghalau penduduk Aleppo, menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal.

Ketika ini, kumpulan aktivis dan Pertahanan Awam Syria, White Helmets merayu bantuan antarabangsa untuk keselamatan sukarelawan dan lebih 100,000 orang awam. "Mayat bergelimpangan memenuhi jalan," kata White Helmets dalam satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian
loading...

0 Response to "Wanita dan Kanak-Kanak Di Sembelih oleh Tentera Rejim Assad"

Post a Comment